Friday, April 30, 2010

"SiZuKa"


Kedengaran angin bertiup..."shiu...shiu...". Bunga dtaman menyanyi riang..oh,inikah revolusi? atau hanya ilusi? aku memandang sepi kota Ello...kejahatan makhluk jahat semakin menjahat-jahat..jahat!. Mungkin ini mimpi, pabila bintang berjalan dbumi..tapi ini realiti. Wani, salah seorang anggota rumah sukan berwarna kuning yang terpilih oleh Panglima Pop Shuvit dari dinasti lepas.Bagi menentang segala kejahatan, Wani, atau boleh juga dkenali sebagai Sizuka! yang mempunyai kuasa hebat! hehehe...jika nama kuasa wani yang terhebat dberitahu sekarang, bukanlah cerita namanya....
hehehehee

One day, one malaysia! hahaha..Wani dberi tugasan oleh Panglima Pop Shuvit melalui My space. Wani ditugaskan untuk pergi ke Kota The Divine Masters untunk melindungi putera macho disitu..Putera Eye Brow. Putera itu dsumpah oleh Macadonia...ahli sihir yang berkuasa. Dia telah menyumpah Putera Eye Brow menjadi pokok getah. Macam mana nak tahu pokok getah yang mana satu? Argh! pusing, pusing, pusing, pusing, kepala ini. Wani tidak pernah melihat wajah Putera Eye brow..waduh..kok gini jadinya? g mana ni?. Fiuh! sebaldi peluh jatuh dari Wani. Tugasan ini berat sungguh!.

Keesokannya, Wani pergi ke Kota The Divine Master dengan menaiki Pesawat Mirage. Kelihatan merpati putih beterbangan dihari yang cerah!. Inilah kehidupan orang yang masih solo. Hari-hari ku lewati..hanya sendiri..tanpa kekasih...tapi, tidak mengapa..ini bukannya masa untuk berangan! aku perlu selamatkan Putera Eye Brow.


Setibanya di kota The Divine Masters, Wani pergi ke hotel untuk beristirehat. Tiba-tiba, Wani mendapat panggilan dari Panglima Pop Shuvit. Wani diberitahu bahawa Putera Eye brow a.k.a pokok getah akan dmusnahkan tidak lama lagi untuk pemuliharaan semula tanaman. Wani pergi ke kedai buku berdekatan untuk membeli bahan rujukan. Tercatat di kulit buku itu '1001 KARANGAN SPM' cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Wani perlu buat surat tu coz nak merayu kt kerajaan The Divine Masters agar pokok getah tidak dtebang buat sementara waktu. Wani tidak boleh menjelaskan selanjutnya kepada pihak kerajaan sebab Macadonia pasti akan mensyaki ada orang yang ingin menyelamatkan Putera Eye Brow.

Panglima Pop Shuvit memberitahu kedudukan Putera Eye Brow yang terletak dkebun DBSK. Wani pon...apa lagi pergilah ke ladang tersebut dengan menaiki seekor unta. Unta tersebut telah dilatih sebanyak 50 kali bagi mempercepatkan pejalanan. Akhirnya, unta tersebut berjaya mencapai rekod baru dengan lima langkah, dua minit! Bravo!!!. Disana, Wani sedaya upaya meminta pemilik kebun tersebut, U-know Yunho untuk membuat siasatan kononnya...di kebun itu. Wani dbenarkan masuk tetapi bersyarat! Wani mesti add U-know Yunho sebagai rakannya ddalam My space. Kebetulan Wani membawa laptopnya yang comel!. Tanpa membuang masa kedalam laut yang terbentang luas, dia segera add U-know Yunho sebagai rakannya ddlam My space. U-know tersenyum puas...

Wani masuk kedalam kebun tersebut dengan berhati-hati. banyak pokok getah, tapi yang mana satu Putera Eye Brow? Wani segera menelefon Pnglima Pop Shuvit untuk mengetahui bagaimana caranya untuk mengenali yang mane satu Putera Eye Brow. Panglima Pop Shuvit memberitahu cara-caranya denagan teliti. Putera Eye Brow amat menyukai pai ayam buatan bondanya, Permaisuri Yoona. Malangnya..bondanya sudah mangkat. Wani perlu mempelajari bagaimana hendak membuat pai ayam yag sama rasanya seperti buatan Permaisuri Yoona.

Wani pergi ke istana bertujuan untuk mempelajari bagaimana untuk menghasilkan pai ayam mirip buatan Permaisuri Yoona. Wani memberitahu kepada Raja Changmin bahawa pai ayam itu dapat mengenal pasti pokok getah yang manakah adalah Putera Eye Brow. Wani mempelajarinya dengan tekun!. Selama satu minggu Wani mempelajari cara-cara membuat pai ayam itu...

~Selepas satu minggu berkeras otot dan memerah tenaga~


Akhirnya, pai ayam yang disukai oleh Putera Eye Brow siap. Wani ke kebun DBSK semula untuk memecahkan dan menghapuskan sumpahan itu. Wani membuka bekas makanan kedap udara yang baru dibelinya di Giant. Walaupun mahal harganya, tetapi berbaloi dengan kualitinya. Berbaloi-baloi!. Bekas yang berisi pai ayam itu mengeluarkan bau yang amat kuat dan sedap!. Kedengaran suara Putera Eye Brow menjerit meminta tolong. Beliau tahu ada yang ingin membantunya. Rupa-rupanya pokok getah a.k.a Putera Eye Brow terletak kira-kira 20cm dari tempat Wani berdiri...Hati Wani berbunga riang!!!

Tanpa membuang masa, wani mengeluarkan kuasanya. Tarian Poco-Poco! yang memang terer baginya. Tarian poco-poco boleh membantu menghilangkan sumpahan itu. Malang tidak berbau kerana hidung Wani sumbat...Macadonia datang bagaikan angin kencang, tiba dikebun DBSK. Perempuan sihir itu berasa marah yang teramat!

Macadonia: Berani ko lepaskan Putera Eye Brow, ko x b'hak!

Wani : Amboi, sedap cakap...yang ko tu ade hak ke...nak sumpah orang? piiirrrraaah!!!!


Macadonia: Berani ko, amik ni!


serangan angin racun oleh Macadonia membuatkan wani lemah dan sakit. Tapi, demi menyelamatkan Putera Eye Brow, Wani mendapat semangat selepas minum kacip fatimah orang kampung dan Pearl Cafe...sesiapa pon boleh jadi juara!. Wani dengan marahnya, bertukar menjadi Sizuka! Panglima perang dari dinasti lepas. Roh Panglima itu memasuki tubuh Wani. Pakaian serba pink kelembutan dengan sinaran lazer dari matanya membuatkan Macadonia berasa amat terkejut! Kini, tibalah masanya Wani mengeluarkan kuasanya yang paling hebat, Apple Fire!!!!. Buah Apple beracun dan berapi dibaling kearah ahli sihir tersebut. Macadonia cuba untuk mengelaknya. Namun, tidak bejaya kerana kuasa Wani telah diupgrade eleh Panglima Pop shuvit. Kuasa yang sungguh luar biasa. Tambahan pula, pancaran lazer dari mata Wani yang memang cool~ membuatkan Macadonia lumpuh serta merta! n kene strok! padan muke!!! hahahaha. Wani tersenyum manis, semanis air teh terlebih gula. Manisnya, manisnya senyumanmu.


Wani atau Sizuka kembali kerupa asalnya. Wanita manis. Pabila Wani memandang wajah Putera Eye Brow, wani amat terkejut beruk kerana selama ini Wani tidak pernah melihat rupa Putera Eye Brow, we were both young when I first saw you...I close my eyes n the flashback start....kami pernah berkawan ketika Wani dan Putera Eye Brow berumur dalam lingkungan 5-6 tahun. Ketika itu Wani berumur 5 tahun manakala Putera Eye Brow berumur 6 tahun. Hubungan mereka sangat akrab....mereka berkawan sehingga Wani berumur 13 tahun. Dalam diam, Putera Eye Brow memang sudah lama menaruh perasaan terhadap Wani. Tapi Wani tidak, dia menyukai Putera Damai yang kacak bergaya dari kota SNSD . Hati Wani menyanyi riang ku ingin terjun laju, mendarat tepat dhatimu, terus-terusan memburu sampai kau menjadi milik ku. Tetapi hati Putera Eye Brow yang menyambut nyanyian hati Wani apa ku ingin kau rasakan, hanyala cinta tak bersempadan, jangan biarkan ku dan harapan, mendambakanmu terus- terusan!!!!. Perasaan Wani terhadap Putera Damai amat kukuh walau pelbagai cabaran dan dugaan Wani tempuhi. Perasaan itu bermula ketika Wani berumur 13 tahun sehinggalah Wani berumur 17 tahun. Selepas itu Wani patah hati Betapa hancurnya! lalu segera membuang perasaan itu throw it away, forget yesterday, we'll make the great escape. Rupanya, Putera Eye Brow menggunakan nama samaran bila bertemu Wani, iaitu Alex Aaron!.

Putera Eye Brow memandang Wani dengan mata yang mempersonakan. Wani mengalihkan pandangannya kearah Panglima Pop Shuvit yang baru sampai. Panglima Pop Shuvit datang lambat kerana rumahnya mengalami masalah kebocoran paip air. Setelah masalah itu selesai,baru dia datang dia datang, dengan lenggang lenggoknya...Raja Kota The Divine Masters datang ke tempat kejadian dengan menaiki Pesawat Romancesa apabila mendapat panggilan dari orang bawahannya tentang penemuan Putera Eye Brow. Raja kota The Divine Master memberi penghargaan kepada Wani kerana kehebatannya sebagai tanda terima kasih. Wani pulang ke kota Ello.....tempat aslnya
.

Pagi yang mendamaikan membuatkan Wani berasa tenang dan terus menyalakan laptopnya. Lalu Wani membuka internet untuk membuka Myspace nya. Wani berborak dengan U-Know Yunho selama beberapa jam. tiba-tiba, kedengaran bunyi ketukan pintu dirumahnya......Ring ding dong ring ding dong, diggi ding diggi ding ding! Wani membuka pintu dengan lebih berhati-hati. Alangkah terkejutnya apabila jejaka macho yang berada ddpannya adalah Putera Eye Brow! O.M.G.! ada sesuatu perasaan aneh yang terdetik d hati Wani. Dia mula resah...rasa resah jangan kau percaya, dalam hatimu, rasa resah jangan kau percaya, kata hatimu! tetapi Wani berpura-pura tenang. Cover kerr???

Wani berborak dengan
Putera Eye Brow d anjung rumah bg mengelak pandangan buruk masyarakat terhadapnya....
Putera Eye Brow: Wani, lame kite x jumpa, jantina awak masih tidak berubah, seorang wanita!

Wani : x baik tukar jantina, berdosa
Putera Eye Brow: hehehehe...awak kerja ape skrg?

Wani : buka kelas tarian poco-poco
Putera Eye Brow: hmmm...bagos...wani, saye tgh tgg awak ni...dr dulu...sbb saye...err...phm2 la...suke...


Wani : (malu2)


Wani, terdiam, terkaku, terkesima, terpempan, dia terus mengucap selamat tinggal kt Putera Eye Brow lalu masuk kedalam rumah.Putera Eye Brow sangat sedih...hatinya terluka..padahal, Wani terdiam kerana die saket perot dan nak pg tandas, sebab tu la dia terus masuk rumah! Alahai!. Putera Eye Brow terus pulang kerumah...lalu....

'Bergoncang dinding dengan muzik,
pancar memancar perfume berbau,
rasa mengamuk tekan-tekan,
siang malam da terbalik...'

'Aku cuma mahukan, bayangan resahku akan hilang!'

Begitulah keadaan Putera Eye Brow, 'Cintaku bertepuk sebelah tangan!' makan x kenyang, mandi x basah kerana dia pakai baju hujan...hahahahahahahahaTiba-tiba, Wani menghantar sms dengan menggunakan bahasa baku, kerana BAHASA JIWA BANGSA untuk bertemu Wanidsebuah taman pada esok pagi...Putera Eye Brow gembira, dia kembali tenang dan hatinya mula berbunga riang kerana orang kanannya baru selesai menabur baja dalam badan Putera Eye Brow.


Pada malam itu Wani bermimpi bertemu dengan Putera Damai dan
Putera Eye Brow, tetapi Wani tidak menghiraukan Putera Eye Brow. Dia pergi kearah Putera Damai. Tiba-tiba, Putera Damai hilang sedikit demi sedikit. Wani terduduk dan menangis...menangisla! kadang manusia terlalu sombong untuk menangis....Tangisan Wani terhenti apabila dia ternampak ada seorang lelaki berada dhadapannya sambil menghulurkan tangannya.Yup, lelaki itu ialah Putera Eye Brow yang datang bertujuan untuk menghilangkan segala kedukaan dalam hati Wani. Wani kembali bersemangat dan tersenyum, 'semangat baru, perjuangan yang satu dan matlamat hidupku hanya untukmu!'. Err, jiwang~ seh! Wani masih tidak mengerti kenapa hatinya berasa lega dengan senyuman Putera Eye Brow....Mgkn????

Keesokannya, Wani pergi berjumpa
Putera Eye Brow...sebuah taman yang indah dipenuhi dengan gula-gula dan coklat..I call, I call it..chocolate love! Rupanya, ia hanya mimpi...HAHAHAHAHAHAHA, mereka berborak kosong sambil duduk dibawah pokok taman itu, Taman Metrostation...Wani terkejut apabila...He knelt to the groung n pull out a ring and said....marry me juliet you never have to be alone...i's a love story...baby just say...yes!...Wani terharu., hatinya berdebar jantung berdegup kencang! Tiba-tiba rasa macam nak pengsan! Tiap kali kau dekat, hati seakan dekat...lebih ceria, d pagi yang cerah!!! "Yes!" "Yes!" "Yes!"....Amik ko..3 kali..hehehe Putera Eye Brow kaku mendengar jawapan Wani...Fikiran ku melayang-layang~~~ Wani pelik kerana Wani tidak pernah menyukai Putera Eye Brow..malah membenci! Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta.... Putera Eye Brow berasa sedih dan agak tertekan kerana Wani tidak boleh berkahwin dengannya kerana roh Sizuka ddalam badan Wani mencintai Panglima Pop Shuvit.. Putera Eye Brow berasa hiba..but..akhirnya Wani tetap berkahwin dengan Putera Eye Brow kerana Panglima Pop Shuvit mengawal roh Sizuka dari terus mengawal diri Wani...Walaupun dia juga menyintai Sizuka...ingin sekali dia..pergi, aku pergi, pada sisimu, pada sisimu, engkau jangan lari, jauh, datang, mari datang, pada sisiku, pada sisiku...!!! tetapi, tiada jodoh antara mereka.


Tarian poco-poco menjadi warisan turun -temurun Kota The Divine Masters..dan Kota Ello..tetapi, Wani masih berkuasa! dan lebih hebat dari dulu..Panglima Pop Shuvit juga semakin hebat. Natijahnya, ceh..hahaha!! kuasa Wani telah ditambah n baru! iaitu tarian zapin dan ballet. Costume Wani juga telah diubah suai. Kini, Wani tidak perlu lagi menaiki pesawat kerana bunyi pesawat amat bingitkan telinga! dia boleh terbang dan bergoleng-golen dengan laju sehingga mampu merentasi air. Myspace Wani sekarang, hanya menjadi kenangan silam sejak Facebook muncul. Yup, walaupun Wani kerap guna Facebook, U-know Yunho tetap menjadi fwenznya dalam Facebook.


Hidup Wani dan Putera Eye Brow amat bahagia..tiada lg perasaan benci..'ooo..knapa kita tetap berpecah lagi, buanglah semua perasaan benci, jangan dikau ikut desakan hati, kian kelak kita yang akan rugi...'
. Perkahwinan wani dan Putera Eye Brow menyatukan Kota The Divine Msters dan Kota Ello..kelas tarian poco-poco juga telah dikomersialkan hingga ke peringkat sekolah...hahahaha!!! Panglima Pop Shuvit juga menyertai kelas tersebut..hmm bile cerita ni nak abes.? ha....tggu sambungannya nnt!!!

* sori klo x best...ni cite wat sndiri...semuanya palsu..jgn slh sgka ya..name2 watak hanya rekaan..mmg suke gne name sndr..enjoy it!!!!